Sunday 12 October 2014

Subjek Kajian & Sumber Idea

TEMA PROJEK : WARISAN NEGERI "UNIKNYA NEGERI TERENGGANU"

"WARISAN ISTANA LAMA"


Bangunan tersebut merupakan istana lama di kampung saya iaitu Kampung Raja di Besut, Terengganu. Istana Tengku Long dibina klasik pada tahun 1875 dahulu. Rumah tersebut sudah berusia lebih dari 100 tahun lamanya. Ciri binaan yang klasik dan warisan ini telah menarik minat saya untuk mempamerkan keunikannya di dalam bentuk Arca Timbulan.


Saya telah memilih bahagian stuktur pintu gerbang yang mempunyai ukiran kayu tersebut sebagai subjek kajian dan sumber idea saya. keunikan pintu gerbanga yang mempunyai ukiran kayu ini telah menunjukkan bahawa Negeri Terengganu semestinya kaya dengan kraf tradisional seperti ukiran kayu tersebut. 


"WARISAN PERMAINAN GASING"



Selain itu, gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya. Ia dimain oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya selalunya 1 meter panjang.

CARA BERMAIN

Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing, memangkah, membela uri gasing.

CARA MEMUSING GASING

Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan usingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah yang disusun akan menentukan hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh, megiring, meleret atau borot.

Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.

"WARISAN BATU KISAR"

Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.

Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi hendaklah ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran.

No comments:

Post a Comment