Sunday 12 October 2014

Antara Tokoh-tokoh Arca Dunia dan Malaysia

TOKOH-TOKOH ARCA 

"TOKOH LUAR NEGARA"

ARCA TIMBUL

Arca Timbul  ‘Still Life With Musical Instruments’ oleh Jaques Lipchitz.

Jaques Lipchitz dilahirkan di Lithuania pada tahun 1891. Beliau belajar dalam bidang kejuruteraan sebelum melanjutkan pelajarandalam bidang kesenian di Paris pada tahun 1909. Berada dalam masyarakat yang meminati seni disamping bercampur dengantokoh seni ketika itu seperti Juan Gris dan Pablo Picasso, Lipchitz telah mula meminati seni terutama menghasilkan arca. Arcapertama beliau telah dipamerkan pada tahun 1912 disebuah pameran seni di Perancis. Salah satu arca timbul yang dihasilkanbertajuk ‘Still Life With Musical Instruments’ .


Arca Timbul  ‘Still Life With Musical Instruments’ oleh Jaques Lipchitz.


ARCA ASEMBLAJ

Arca Asemblaj  ‘Bicycle Wheel’ oleh Marchel Duchamp

Salah seorang pengarca bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp. Duchamp dilahirkan pada tahun 1887 Blainville,Perancis. Duchamp bermula dengan menghasilkan karya dalam bidang ‘painting’ dalam tahun 1908. Duchamp menceburi bidangpenghasilan arca dan berjaya menghasilkan karya terunggul dalam abad ke-20 iaitu penciptaan secara seni tangan danpenghasilan karya daripada bahan-bahan terbuang. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘Bicycle Wheel’ ( karya asli telahhilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yangterdapat dirumah.Imej replika arca asemblaj ‘Bicycle Wheel’. 


Arca Asemblaj  ‘Bicycle Wheel’ oleh Marchel Duchamp


ARCA MOBAIL

Arca mobail ‘Horizontal Spines’  oleh Alexander Calder

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidangkejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyakmenghasilkan kerjakerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilankaryanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkanbertajuk ‘Horizontal Spines’ .Imej Arca mobail ‘Horizontal Spines’ 


Arca mobail ‘Horizontal Spines’  oleh Alexander Calder


ARCA STABAIL

Arca stabail ‘Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’  oleh Jean Tinguely.

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely. Beliau dilahirkan di Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan beliau menceburi bidang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau belajar di Basleantara tahun 1941-1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arcamenggunakan motor elektrik. Pembabitan secara serius dalam penghasilan arca bermula apabila beliau berhijrah ke Perancis danbercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk ‘Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’ Imej Arca Stabail ‘Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’.


Arca stabail ‘Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’  oleh Jean Tinguely.


"TOKOH DALAM NEGARA"


(“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin)



Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.



Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan Abdullah  untuk membina arcanya di perkarangan bangunan baru mereka di kawasan  KL Senteral.  “Prisms by Axiata” 2010  menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang tertinggi setakat ini di Malaysia.  Menjadi ikon terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur.



Selepas  13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank  untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’.  Dengan tajuk  ‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke


No comments:

Post a Comment