"PERAK MAN"
Daripada rujukan yang diperolehi, Perak Man merupakan manusia yang tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Oleh itu, kami telah membuat imaginasi mengenai rupa Perak Man dalam bentuk pelbagai jenis rupa. Gambar di bawah ini merupakan karya hasilan dari saya menegenai rupa Perak Man.
Karya "Perak Man"
ARCA 3D
Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D
). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir,
memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang
untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati dengan pancaindera.
Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari pelbagai sudut
pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk
memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca
bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga
dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk menegaskan sesuatu dengan cara yang
lebih ketara daripada apa yang bolehditekankan melalui penggunaan perkataan.
Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai
dimensi baru, arca berubahkepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam
peradaban arca. Kategori arca bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik
dan arca berfungsi.Ciri-Ciri
Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan
baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingindiketengahkan oleh
pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca
yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat,
dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan
yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yangdihasilkan dan mampu
menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya.
Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan
hasilan. Dalam pengkaryaanarca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan
pelbagai penggunaan bahan danmedia. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai
penggunaan bahan dan mediadapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan
menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.Arca yang baik haruslah
kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arcamembuktikan bahawa sebuah arca
yang baik menggunakan alat dan bahan terdiridaripada kombinasi yang padat dan
kukuh.
Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan
sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau
dipasang dengan baik. Arcakhususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu
membentuk kesatuankomposisi yang artistik.Arca yang baik dan kreatif juga
haruslah berjayamengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan.
Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini
diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih
terancang dan rapi.
Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan
sebuah arca yang baik dankreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada
ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian,
ciplakan adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan
komersial. Arca yang dihasilkan haruslahhanya satu dan tiada ditempat lain
No comments:
Post a Comment