"WARISAN ISTANA LAMA"
Bangunan tersebut merupakan istana lama di kampung saya iaitu Kampung Raja di Besut, Terengganu. Istana Tengku Long dibina klasik pada tahun 1875 dahulu. Rumah tersebut sudah berusia lebih dari 100 tahun lamanya. Ciri binaan yang klasik dan warisan ini telah menarik minat saya untuk mempamerkan keunikannya di dalam bentuk Arca Timbulan.
Saya telah memilih bahagian stuktur pintu gerbang yang mempunyai ukiran kayu tersebut sebagai subjek kajian dan sumber idea saya. keunikan pintu gerbanga yang mempunyai ukiran kayu ini telah menunjukkan bahawa Negeri Terengganu semestinya kaya dengan kraf tradisional seperti ukiran kayu tersebut.
"WARISAN PERMAINAN GASING"
Selain itu, gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya. Ia dimain oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning,
merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk
gasing. Talinya selalunya 1 meter panjang.
CARA BERMAIN
Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak
perbezaannya. Di Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan
daerah lain. Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, membela uri gasing.
CARA MEMUSING GASING
Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan
usingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah yang disusun akan menentukan
hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh, megiring, meleret atau borot.
Ada dua jenis
pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Pusingan tarik,
gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus juga tertumpuh
kepada arah sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia mengahasilkan
pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
"WARISAN BATU KISAR"
Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan
terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai
lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu
pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar
biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang
hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih.
Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk
ubat-ubatan tradisional.
Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah
dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk
dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu
kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk
memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang
akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu
kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar
melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga
selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau
seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika ingin membuat kuih
seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi hendaklah
ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam
hasil kisaran.
No comments:
Post a Comment