TOKOH-TOKOH ARCA
"TOKOH LUAR NEGARA"
ARCA
TIMBUL
Arca Timbul ‘Still Life With Musical Instruments’ oleh
Jaques Lipchitz.
Jaques Lipchitz dilahirkan di
Lithuania pada tahun 1891. Beliau belajar dalam bidang kejuruteraan sebelum
melanjutkan pelajarandalam bidang kesenian di Paris pada tahun 1909. Berada
dalam masyarakat yang meminati seni disamping bercampur dengantokoh seni ketika
itu seperti Juan Gris dan Pablo Picasso, Lipchitz telah mula meminati seni terutama
menghasilkan arca. Arcapertama beliau telah dipamerkan pada tahun 1912 disebuah
pameran seni di Perancis. Salah satu arca timbul yang dihasilkanbertajuk ‘Still
Life With Musical Instruments’ .
Arca Timbul ‘Still Life With Musical Instruments’ oleh Jaques Lipchitz.
ARCA ASEMBLAJ
Arca Asemblaj ‘Bicycle Wheel’ oleh Marchel Duchamp
Salah seorang pengarca
bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp. Duchamp dilahirkan pada
tahun 1887 Blainville,Perancis. Duchamp bermula dengan menghasilkan karya dalam
bidang ‘painting’ dalam tahun 1908. Duchamp menceburi bidangpenghasilan arca
dan berjaya menghasilkan karya terunggul dalam abad ke-20 iaitu penciptaan
secara seni tangan danpenghasilan karya daripada bahan-bahan terbuang.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘Bicycle Wheel’ ( karya asli telahhilang
) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini
dibina menggunakan bahan-bahan yangterdapat dirumah.Imej replika arca asemblaj ‘Bicycle
Wheel’.
Arca Asemblaj ‘Bicycle Wheel’ oleh Marchel Duchamp
ARCA MOBAIL
Arca mobail ‘Horizontal
Spines’ oleh Alexander Calder
Pengarca seterusnya yakni
dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun
1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan
pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidangkejuruteraan,
beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada
tahun 1923. Beliau banyakmenghasilkan kerjakerja lukisan sebelum menceburi
bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilankaryanya
dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah
satu arca mobail yang dihasilkanbertajuk ‘Horizontal Spines’ .Imej Arca mobail ‘Horizontal
Spines’
Arca mobail ‘Horizontal Spines’ oleh Alexander Calder
ARCA STABAIL
Arca stabail ‘Homeage
New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’ oleh Jean Tinguely.
Pengarca seterusnya
yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely. Beliau dilahirkan di
Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan beliau menceburi
bidang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau belajar di
Basleantara tahun 1941-1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan
penerokaan ruang melalui penghasilan arcamenggunakan motor elektrik. Pembabitan
secara serius dalam penghasilan arca bermula apabila beliau berhijrah ke
Perancis danbercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail
yang dihasilkan bertajuk ‘Homeage New York: A Self Construction and Self
Destroying Work of Art’ Imej Arca Stabail ‘Homeage New York: A Self
Construction and Self Destroying Work of Art’.
Arca stabail ‘Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art’ oleh Jean Tinguely.
"TOKOH DALAM NEGARA"
(“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif
Mohidin)
Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de
Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu
peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu
peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk
Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan
berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah
dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah
Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan Abdullah untuk membina arcanya di perkarangan bangunan
baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by Axiata” 2010 menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter
dan yang tertinggi setakat ini di Malaysia.
Menjadi ikon terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas 13
tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22
disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani
telah di bina di Menara Maybank untuk
menjadi teman kepada arca ‘keris’.
Dengan tajuk ‘Segerak- One
Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke
No comments:
Post a Comment